Subscribe

Powered By

Powered by Blogger

Sunday, April 24, 2011

Sosial

bak kata orang2 tua.. pejam celik pejam celik dah satu tahun berlalu... gua sampai langsung tak ingat gua ada blog... ceh.. kerja-kerja memblog ni rupa-rupanya perlukan tumpuan macam kerja peguam negara rupanya... gua takut kalau2 gua tak update dalam sebulan dua ni.. blogpsot gua kena terminate kang susah plak gua nak menaip masa-masa lapang gua nanti...

gua bukan tak nak update, cuma sejak2 kebelakangan ni gua busy, busy membuat kajian sosial, bidang ni gua ceburi lama dulu tetapi gua hanya mula aktif beberapa bulan yang lalu... bidang kaji sosial ni merangkumi banyak aspek dan memerlukan pemikiran yang tajam dan kritis... gua percaya ramai budak2 zaman sekarang ni malas berfikir macamlah berfikir tu kena bayar... lu orang budak2 muda mana boleh malas.. otai2 macam gua malas skit2 tkpe la... gua nak berleter panjang kang takde plak budak2 rempit nak baca blog gua... gua sambung crita kaji sosial tadi, macam2 perangai dan ragam manusia gua jumpa sepanjang kajian yang gua jalankan...tahap tumpuan gua ke atas kajian ni membuatkan gua stress, kadang2 tengah2 malam gua buat kajian, kadang tengah2 pagi, kadang time makan nasik, kadang gua miss makan nasik pasal kajian ni.. hasil kajian gua tak boleh la gua nak share dekat sini sebab gua sendiri belum sediakan laporan terperinci... sebut laporan terperinci ni otak gua rasa macam nk krem je pikir pasal kerja... laporan BV la ABT la AKB la APC la ntah ape kejedah gua pun tak tau...

sebelum otak gua betul-betul krem baik gua pergi tido, burung hantu pun dah masuk tido pukul 2 pagi macam ni... gua letih macam baru lepas menoreh, baru balik dari sabak bernam, 10 jam perjalanan gua ke penang menaiki bas kecik yang tehentak2 bagai nak roboh, kereta viva hijau (tima kasih kepada yang sudi menumpangkan gua td..), bas double decker yang macam2 manusia dalam tu & last but not least motosikal berkuasa tinggi kaler biru yang menjadi kenderaan rasmi gua dulu, gua rasa kalau naik kapal terbang dah sampai US gamaknya... orang pergi sabak bernam buat aper pun gua tak tau.. gua tengok kat sana ada pokok dan haiwan peliharaan terbiar saja, jarang2 jumpa pakcik yang pakai lebai pergi solat, nk jumpa awek jangan harap lah brader...

ok, gua berhenti setakat ini, gua nak pergi tido kejap.. lu orang pun pergi la tido, ini tak asyik intenet jer keje... bawak2 la mengaji ke, membaca buku sejarah ke, mengulangkaji fail meja ke, ape2 la asal berilmu...

Monday, January 11, 2010

AJL tak rock!!!

Gua pun macam masyarakat malaysia yang lain gak.. yang tercemar dengan budaya anugerah yang tak ketahuan.. ada saja anugerah dan hadiah juta-juta yang nak diberikan kepada artis-artis di negara Malaysia ni. Gua bukan nak crita budaya masyarakat yang suka tengok konsert free ni.. tapi gua nak crita inipati atau secara saintifinya dipanggil rumusan kepada finale AJL24.

Lu orang jangan la melenting gua ckp AJL tak rock.. mana rocknya kalau yang menang lagu jiwang kau pergeeeeeeeee...eeeee...eeeeeeeee... dia punya eeeee....eeeeeeeeeee leh bikin gua terlelap atas sofa. tapi gua tidak sama sekali memperlekehkan hasil karya pete teo ni.. yg gua tau ada sumber mengatakan pete teo ada dlm senarai 135 org yang perlu diberi perhatian di asia.. woi.. apasal nama gua takda... apa CNN yang besar punyaaaaa rangkaian tu tak nmpk bakat gua ka..?? diorang tak tau ka gua boleh menaip dengan kepantasan 30 perkataan seminit, itu pun salah eja sket2 je.. argghhh gua malas nak pikir sgt hal ni.. kang migrain gua dtg balik...

Yang gua paling bedebar sekali bila FT wat persembahan.. gua risau betul.. dada gua berdegup kencang.. gua takut kalau2 FT rebah dikala menarik vocal tinggi2... kang kalau dia rebah, banyak pulak kerja.. nak kena panggil ambulan lagi.. hantar dia gi ICU lg...kabor sama mak bapak dia lagi...bini dia lagi.. leceh.. nanti lambat pula nak umum juara...gua bukan jenis yang boleh tunggu lama2 dpn tv smpai tgh mlm... esok kerja lagi... akhirnya bila FT tukar jadi sheila.. hati gua berbunga2 balik. Musykil gak macam mana FT leh masuk dlm skrin smbil bergaya pakai spek itam... sebijik mcm james bond.

Black dah sama level pitching dengan amy search... cuma skarang tunggu dia pakai jubah je.. baru klasik.. mukabang, memang rockers.. persembahan mantap dengan muka blur, ada iras2 salleh yaakob. Memang style tengok vocalist dia petik gitar... lu orang ada perasan posing kaki dia tak..? Yuna memang favrote gua, indies habis...lenggok suara dia patut dikamuskan dalam kamus seni suara.

Lain2 gua malas nak komen.. ada lagu yg gua tak pernah dengar langsung.. ada budak2 penyanyi tu yang gua tak kenal langsung.. kadang gua konpius yang mana satu artis.. yang lompat2 dpn stage ka yang lompat2 atas stage.. sama je fee dia gua tgk.

AJL24, gua kira ok... gua malas nk kutuk lebih2, sapa nak bayar kalau gua kena saman?? dah gua masuk tido dulu...

Tuesday, January 5, 2010

Perjalanan ke Rumah....

Gua baru habis main badminton... dia punya tahap kepenatan sama macam kerja buruh kasar dekat dubai... tadi gua main kira orait jugak.. dapat jugak tuju perut lawan dengan smash padu gua... dalam firasat gua speed bulu tangkis mencecah 213km sejam.. skit lagi nak potong top speed ferrari modena 360. Lepas main 6 set tanpa henti.. badan gua mula tak boleh pergi... gua terus tunjuk isyarat tangan tanda berhenti yang slalu coach bola tampar buat masa mintak time off. Ada jugak suara-suara sumbang yang mengutuk, ada ka patut dikatanya gua takut kalah... woi.. dekat maghrib tak balik-balik lagi.. macam la esok dah tak boleh main.. gua belah buat tak tau aja... masa tu kedudukan memang sengit... 1-2 gua ketinggalan.. bukkannya gua tak nak habiskan 21 mata.. tapi gua dah betul2 penat.. tiub apedemik kanan disebelah otot pandemik gua dah macam tak boleh bernafas...

Selesai berkemas sambil dicerca brader yang tak puas hati tadi... gua menuju ke arah motosikal... gua tekan punat start dan terus jalan... gua terus je sampai ke rumah... perjalanan pun tamat.

Sunday, March 1, 2009

Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Seperti budak kebanyakan yang lain, gua juga bersekolah, bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan, masa tu gua tak tau itu adalah sekolah bantuan penuh, mana tak nya, semuanya kena bayar,makan kat kantin bayar, beli buku bayar, yuran tahunan bayar,belum masuk kutipan hari pahlawan yang di tambah nilai oleh gua, kad walkaton lagi, mende yang dibantunya...?? Tapi setelah meningkat dewasa baru gua paham, cikgu-cikgu yang mengajar tu bukan ayah gua yang bayar, kerajaan yang bayar, meja, kerusi, papan hitam, kapur tulis yang kekadang budak-budak buat kapur kasut semuanya dibayar atau dalam bahasa yang lebih kamus disebut dibiayai oleh kerajaan. Apehal gua kasi up kerajaan plak.? Duit kerajaan tu sebenarnya duit kita-kita jugak, duit pembayar cukai, yang bayar cukai pintu, cukai tanah, cukai jalan, cukai pendapatan, cukai import dan macam-macam jenis pencukaian yang tak sepatutnya dicukaikan. Gua baru teringat, dulu nak tengok tv pun kena beli lesen. Ape kejadah nak tengok TV yang dibeli guna duit sendiri nak kena bayar. Ahhh... dasar Kerajaan, gua diamkan saja dulu, nasib baik prostes membisu gua mendapat respon para menteri kabinet, akhirnya ditarik balik lesen tv tu.

Disebabkan sekolah gua Sekolah Rendah Kebangsaan, rupa paras dan binaan sekolah gua sememangnya kukuh dan utuh, gua pernah dua tiga puluh kali terhantuk dinding sekolah, memang konkrit. Budak-budak sekolah gua memang ramai, kalau kira pakai jari kaki pun tak cukup lagi nak jumlah, kelas gua sendiri ada 35 murid semasa gua berkelas di darjah 1 jingga. Jingga..?? memang tak senonoh betul nama kelas gua, mengapa tidak darjah 1 deep purle ke, 1 metalica ke, paling lekeh darjah 1 search pun jadik la, baru rock. Gua rasakan alam persekolahan merupakan alam yang penuh dengan hilai tawa dan ketawa terbahak-bahak sampai terkucil dalam seluar kekadang. Budak sekolah mana tau sedih, yang dia tau main, main, main, makan, tido. Gua pun macam tu jugak. Eleh, lu orang pun sama, tak nak mengaku. Di kala cikgu bedah, cikgu kelas gua sibuk menceritakan perihal menulis ABC di depan, gua sibuk memikirkan strategi terbaik untuk pasukan bola sepak kad tekan gua yang bakal beraksi petang karang. Di usia seawal 7 tahun gua sudah memiliki minda pengurus berjaya masa depan. Apa hal cikgu bedah tak sampai huruf P pon lagi, gua dulu tabika perpaduan dah khatam sampai Z. Darjah satu gua memang bosan habis dengan aktiviti-aktiviti dalam kelas, apa menteri pendidikan tak tau ke gua dah boleh sifir dua ketika itu..? Aktiviti di luar kelas lebih bermanfaat dan memberi semangat untuk terus bersekolah kepada gua.

Darjah satu gua tidak memegang sebarang jawatan penting di kelas kerana lebih sibuk dengan jawatan-jawatan penting di luar kelas. Antara Jawatan luar yang pernah gua sandang, kapten bola sepak darjah 1 jingga, pengerusi penganjur permainan polis entri, pembantu am pakcik kantin sekolah sewaktu rehat dan berbagai jawatan sampingan lain yang tak pernah pun gua dapat sebarang sijil penghargaan. Walaupun gua tidak gemar masuk kelas, namun gua merupakan antara pelajar awal ke sekolah, gua bertolak seawal 6.30 pagi dari rumah. Gua bertolak sampai pintu rumah saja, lepas tu bas sekolah gua yang bertolak sampai sekolah. Gua dipaksa naik bas sekolah walaupun berkali-kali gua mengkhabarkan kepada kedua orang tua gua, mana rock naik bas sekolah, naik basikal baru indie kata gua. Tapi disebabkan diskriminasi umur, pendapat gua diketepikan tanpa alasan. Tak adil. Nak buat macam mana, gua naik saja bas sekolah yang saban pagi datang mengambil gua tanpa jemu, kadang gua mintak jugak, harap-harap bas sekolah tu tak datang, terbakar ka, hilang ka, baru ada alasan nak ponteng.

Setibanya disekolah seawal 7 pagi, gua menjadi murid pertama yang masuk kelas, masuk kelas letak beg, keluar balik terus ligat mencari idea nak main apa pagi ni. Setibanya geng-geng permainan gua, terus gua pelawa geng-geng gua main toi sambil melempar beg-beg yang digalas mereka jauh dari tapak permaianan, maka permainan abad ke-20 yang paling menarik dan popular pun dimainkan sampai bunyi loceng masuk. Masa nak masuk kelas tu, macam baru lepas mandi pun ada. Tapi kecik lagi kan, badan tu tidak lah berbau sangat. Sikit rambut skit-skit dah nampak smart balik macam budak muhsin dalam filem mushsin tu. Dalam kelas entah apa saja yang dibabelkan oleh cikgu-cikgu yang gua langsung tak ambik pusing. Gua baru darjah satu, bukan nak masuk universiti pun time tu, apa sangat yang nak dibelajar kan kalau bukan ABC, 123, lukis bukit bukau yang ada sawah padi dengan 2-3 ekor burung gagak terbang, pastu sungai kat tengah-tengah, lukisan paling popular sepanjang zaman budak darjah satu. Gua mula mengesyaki sistem pendidikan negara cuba memperbudakkan gua dan member-member gua, tapi takkan umur 7 tahun nak lawan kerajaan?

Dengan hati yang tabah, gua teruskan pembelajaran, hari demi hari, sampai masuk semestar terkahir darjah satu, baru gua tau, selama hampir setahun gua hanya belajar mengeja dan menulis 'ayam', 'itik', 'kambing', 'lembu' dan semua binatang serta tumbuhan dalam malaysia saja, tak pernah pulak cikgu bedah mengajar mengeja buah strawberry ke, buah prune ke, dalam belajar mengeja pun masih utamakan buah-buahkan tempatan gamaknya. Sifir matematik pulak gua tahu sampai sifir 3 saja, yang sifir 4 belajar darjah 2 khabar cikgu boon, cikgu matematik gua. Melukis tu sering jugak la gua dapat B+, itupun sebab gua selalu tiru makwe pandai lukis yang duduk sebelah gua. Matapelajaran yang paling gua minat tak lain selain pendidikan jasmani. Kelas PJ saja la gua benar-benar into kelas, yang lain gua lebih into berangan or buat hal sendiri dalam kelas. Gua merasakan sistem pendidikan pada waktu itu tidak menacabar minda langsung, budak darjah satu sekarang dah tau guna telefon bimbit siap sms makwe sekelas lagi, apa kes? Itu belum gua banding dengan PSP budak sekarang dengan main titik-titik buku matematik masa zaman gua. Lain kali gua ada masa gua story lagi.. lu orang pun kalau nak maju pegi buat kerja yang lebih berfaedah...

...bersambung

Thursday, February 12, 2009

Kisah Bola Sepak Anak-anak Muda - Part II

Prostar yang rata-rata diwakili oleh anak-anak muda kurang berkemampuan tetapi bergaya dan kacak sering kali mengadakan perlawanan persahabatan dengan team-team kampung-kampung berdekatan. Padang taman gua sering menjadi 'venue' pertandingan, kekadang 7 sebelah, kekadang 9 sebelah dan jarang-jarang 11 sebelah kerana kesempitan pemain. Pernah semasa bola sepak tengah 'in' di Malaysia dek kerana terpukau dengan gaya permainan Radhi Mat Din dan Azman Adnan, team gua dianggotai oleh lebih 20 pemain termasuk sponsor, pak Mid yang membekalkan minuman bergas dalam tin, tapi sorang boleh ambik satu saja, itu pun kalau main la. Kalau pak Mid tak sponsor, memasing pandai-pandai la cari rumah mak Jah di tingkat 4 Blok F yang jual ais krim malaysia sebatang seposen, kepak dua, sebelah makan first half lagi sebelah simpan untuk lepas habis main nanti. Tak strategik langsung lokasi rumah mak Jah, tapi tetap menjadi pilihan pemain-pemain prostar kerana ais malaysia mak Jah ada banyak perisa, milo, jagung, asam boi, anggur, oren, jagung dan tebu. Gua paling 'favrote' perisa asam boi, sebab dapat makan asam boi free yang ada dalam ais malaysia tu.

Time cuti sekolah adalah masa paling berharga untuk team gua membuat latihan insentif dan mengadakan sebanyak mungkin perlawanan persahabatan yang jarang di ambil peduli oleh FAM maupun FIFA, gua syak diorang pandang enteng team gua. Walaupun prostar tidak mempunyai seorang jurulatih yang berwibawa serta bertaraf A, gua selaku pengurus, jurulatih aka penjaga gol merangka jadual latihan insentif yang setanding pasukan-pasukan amatur taman yang lain di peringkat daerah. Latihan prostar dimulakan seawal sesudah budak-budak gua habis kelas mengaji pak abu di surau masa cuti sekolah. Selalunya dalam lingkungkan 9-10 pagi. Gua masa tu mengaji Quran besar di kelas sebelah petang, nak tak nak gua kena tunggu budak-budak gua habis mengaji dulu. Seorang demi seorang pemain-pemain handalan prostar turun padang dengan semangat berkobar-kobar bak baru bangun tido. Ada jugak yang kena sekeh turun padang dengan berkain pelikat terus dari kelas mengaji. Lepas cukup semua pemain turun padang, latihan dimulakan dengan warm-up, lari keliling padang 20 round. Tak sempat habis 20 round ada saja budak gua ke kedai runcit mydin pekena ais pop apehal..? Sungguh tak fit langsung. Disebabkan gua pengurus yang baik hati, beramanah, berintegriti dan peramah, gua biarkan saja budak-budak gua pekena ais pop sambil mengunyah kek hero, selesai makan dan minum gua terajang-terajang manja sambil sekeh skit-skit apa yang patut.

Dalam latihan insentif, gua fokus pada crossing, free kick dan corner kick. Masa tu gua baca hasil kajian teknikal FIFA 65% goal dijaringkan melalui crossing. Latihan crossing memang menjadi kegemaran pemain-pemian gua, sorang crossing yang lagi 9 bersepah nak score goal, gua pun tak tau sapa yang defend. Macam-maca skill yang ditonjolkan dalam latihan crossing, ada yang bicycle kick, sommersault, flying header dan yang paling champion flying kick, gua pernah skali flying kick tepat ke arah dada penjaga goal, sapa suruh dia halang gua score.Rasakan. Team gua yang rata-rata dianggotai pemain amatur bawah 12 tahun berbakat besar dalam arena bola sepak, itu gua percaya, manakan tidak dari pukul 11 pagi crossing sampai ke zohor tak henti-henti. Gila bola betul budak-budak gua. Gua yang dah tak larat dek tak tahan bahang mentari yang memacak atas kepala terus menangkap kemas bola yang dicross rolando botak(bukan nama sebenar). Gua genggam erat bola tu, gua lihat budak-budak lain dengan muka riak bercampur baur bangga. Gua buat-buat senyum manis. Gua terus belari sekuat hati menuju rumah gua. Ahh, gua dah tak larat nak main, pandai-pandai la diorang cari jalan balik rumah masing-masing. Dah masuk zohor tak reti-reti balik mandi, makan, sembahyang dan tengok crita katun pukul 3 petang?


...bersambung

Thursday, January 15, 2009

Kerja Itu Amalan Mulia - Part III

Gua memang terkenal dengan kerajinan bekerja, sehingga ada saja yang dengki dan iri hati dengan gua, manakan tidak gua selalu diberi kata-kata pujian oleh bos seperti,

"lain kali kalau dah masuk time ni, tak payah masuk ofis terus"

"awak ingat ni ofis ke rumah awak"

"awak kerja dengan pakcik kantin tu ke?"


"ingatkan tahun depan baru awak nak siapkan kerja ni.."

dan banyak lagi kata-kata pujian yang gua pendam kan saja dalam kalbu, buat apa nak riak, ye tak?

Tapi gua ni memang jenis tak makan saman, sebab gua fikir makan nasi lagi best. Setelah sepagi lepak di kedai kopi pak sarip, dan melakukan urusan-urusan peribadi melalui Internet Explorer 6.0, gua jadi bosan. "Nak buat apa lagi..??" bisik hati kecil gua. Haaa.. elok rasanya gua beribadah seketika, waktu Zohor pun bakal menjelang tiba. Sebagi seorang pekerja semi professional, gua meminta persetujuan bos dulu, "Bos, saya nak ke surau". Benda baik, bos gua pun melepaskan gua dengan muka tenang berseri-seri.

Surau terletak di bahagian bawah ofis, jalan terus, belok kanan, turun tangga, belok kiri, jalan terus lagi, belok kanan balik jumpa la surau tu yang ada tulis "SURAU". Gua pun dengan tak semena-mena masuk ke dalam surau yang tiada penghuni di dalamnya. "Budak-budak ofis ni memang malas" bisik hati gua yang selalu berprasangka baik.

Gua dengan niat mulia dan tulus, menghampar sejadah, satu demi satu gua hampar. Gua bersihakan sikit-sikit apa yang patut, gua melabubkan tubuh yang sedikit kepenatan ke atas lantai. Masa tidur. Selamat Petang.

Sunday, January 11, 2009

Kat Taman Negara Ada Pokok

Gua dengan alam ni memang dah sebati gamaknya, gua memang pencinta alam dan gua syak alam jugak mencintai gua setulus hatinya. Untuk lebih mendekatkan diri dengan alam, gua bersama geng-geng sepenempatan kerja telah mengatur pengembaraan ke Taman Negara, Pahang darul makmur (makmur tu bukan kuih ke...??). Entah mengapa, gua telah dilantik secara rasmi sebagai ketua ekspedisi, tapi gua syak sebab gua paling smart dan bergaya dikalangan ahli-ahli ekspedisi.

Pengembaraan yang penuh tragik dan melampau best ni bermula dari tapak letak kereta ofis tempat gua mencari makan dan minum. Kitorang menaiki sebuah bas yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk sistem TV cap sony yg tidak berfungsi, sistem penghawa dingin yang menitiskan air mata setiap kali bas bergocak dan kerusi-kerusi empuk seakan batu bata. Perjalanan di mulakan seawal jam 11 pagi, memang menduga betul untuk bangun seawal itu, selalunya time tu gua sedang sibuk berasmara dengan kain selimut dan bantal busuk. Disebabkan semua geng-geng ekspedisi amat patuh dan menepati masa, maka bas pun mula bergerak sejurus pukul 12 tengahari, hanya lewat sejam, selalunya budak-budak ni tak sebegini baik, mungkin diorang menghormati gua sebagai leader yang berwibawa (lu orang tau tak makna wibawa gua syak lebih kurang sama maksud dengan ari wibowo la...).

Jambatan pulau pinang dilepasi dengan tenang dan bas terus memecut laju sehingga mencapai kelajuan maksimum 70km sejam. Kalau sebegini laju gua syak mungkin makan masa 8 jam saja untuk tiba ke destinasi. Tetapi disebabkan beberapa masalah teknikal perjalanan terpaksa dihentikan beberapa belas kali demi memudahkan ahli-ahli ekspedisi yang tidak dapat menyimpan bahan buangan terlalu lama di dalam kantung urin. Ditambah pulak dengan kemahiran gua sebagai ketua ekpedisi yang berpengalaman, apahal kena masuk KL dulu sebelum masuk pahang...?? Gua sebenarnya buat-buat tertidur, sebab gua memang tidak arif langsung jalan ke Taman Negara Pahang. Setibanya di destinasi gua dikejutkan oleh salah seorang ahli ekpedisi. "Dah sampai ke..??" soal gua dengan penuh bengis. "Sampi kepala hangguk lu" herdik membe gua. "Nak ikut jalan mana ni...??" tanya membe gua lg. Gua melihat keluar tingkap bas, eh sejak bila pahang sebegini maju dengan bangunan-bangunan pencakar langit dan lampu-lampu neon mewarnai dinahari, bisik hati kecil gua. Gua lihat ke sign board di depan. 'Ke Pusat Bandar'. "Haaa..?? kita kat KL ke...???"Soal gua lagi. "Oit.... kita nak pi Taman Negara ka nak pi Taman Tasik?" gua mula menempelek dengan nada marah. Gua lupa, gua ketua ekspedisi. Ahli-ahli lain mula memandangkan gua seolah mau ditelannya gua hidup-hidup. Gua mula gelabah dan bedebor.

Gua menenangkan geng-geng ekspedisi yang mula putus harapan pada gua... "Rileks la beb, gua memang saja pesan kat driver suruh bawak lu orang jalan-jalan KL dulu.." gua petik. Kemudian gua beransur menemui pakcik yang membawak bas dengan penuh sopan dan santun seakan membawa beca di padang kota. "Ni jalan nak ke mana ni pak cik..??" ujar gua. "Kalau terus lagi sampai KLCC la..." jawab pakcik tu dengan selamber dan bersahaja. Gua lihat jam mahal di tangan gua. Dah pukul 8.00 mlm. Haaa...?? first time dalam hidup gua perjalanan ke KL makan masa 8 jam dari penang. Gua mula bertindak, selaku leader berwibawa, gua harus memastikan semua anggota ekspedisi selamat tiba ke destinasi dengan selamat dan terhibur, nak berhibur macam mana, dah la TV pun asyik tayang filem black skrin saja. Gua ketik handphone cap sony anak eric milik gua. "Time-time macam ni lu nak ayat makwe lagi...??" membe gua yang kerunsingan mencaci. "Ahh..lu diam saja, gua tau apa mau buat". Gua mula melayari google map di handphone yang dilengkapi 3G. Gua dah mula dapat akal dan arah, gua suruh pakcik driver pusing balik, keluar dari kota raya Kuala Lumpur, ikut jalan ke Bentong. Sampai di susur keluar ke jerantut, gua suruh pakcik driver masuk kiri dan jalan terus, yang sebenarnya gua main bedal jer, harap-harap boleh la sampai taman negara sebelum subuh.

Tak lama lepas tu, sampai jugak ke pekan Jerantut, gua mula berdebor, khabarnya nak ke Taman Negara, tapi dah pukul 12 tengah malam tak nampak bayang seekor gajah pun. Sepanjang perjalanan melalui pekan jerantut, punya la banyak kampung yang dilepasi, banyaknya tak terkira, ya la... gua anak jati penang, kat penang kalau ada kampung pun dah tak rupa kampung, ni kat pekan jerantut saja ada berpuluh-puluh kampung. Tapi sayang, hari dah malam, makwe-makwe pekan jerantut dah tidur, gua terlepas peluang keemasan mencarikan menantu yang baik untuk emak gua. Ahli-ahli ekpedisi yang kepenatan memaki hamun gua pun dah ramai yang membuta. Jam mahal ditangan menunjukkan pukul 2pagi. Tadi keluar dari penang pukul 12tengahhari. 'Baru 14 jam' bisik hati kecil gua menenangkan otak gua yang dah mula runsing. Gua mula contact kenalan-kenalan gua yang pernah ke pahang, baru gua sedar, rupanya ramai yang tak pernah ke Taman negara pahang, sungguh tidak menyahut seruan kerajaan betul,bangang!. Ada sorang member gua khabor kena jumpa masjid dulu, gua dah lupa nama masjid tu, tapi masjid besar kat pekan jerantut la, lu orang tau tak..?? Sampai Masjid, ambik kanan, jalan terus, haa..bermula dari jalan ni la semuanya kelihatan clear skit. Ada sign board ke 'Taman Negara', gua mula lega seperti baru lepas membuang air. Gua mula datang semangat yang hilang, gua suruh pakcik driver ikut signboard saja. Jalan ke Taman Negara kecik jugak kan..?? Gua mula syak, macam mana gajah-gajah yang besar bermain-main di jalan yang sebegini sempit. Selepas mengahrungi jalan yang seakan baru lepas dilanda gempa bumi, akhirnyaaaaaa.... sampai jugak. 'Selamat Datang ke Taman Negara'.

Dengan perasaan yang penuh riak dan berlagak, gua mengejutkan ahli-ahli ekspedisi yang sedang nyenyak. "oittt...bangun-bangun., dah sampai taman negara". Gua lihat ke jam mahal ditangan lagi, dah pukul, 4 pagi. Kejap lagi boleh subuh terus, cukup 5 waktu dalam satu perjalanan dari zuhur sampai ke subuh. Gua syak kalau mendayung dari penang dah boleh sampai Sydney gamaknya.

...bersambung