Subscribe

Powered By

Powered by Blogger

Thursday, February 12, 2009

Kisah Bola Sepak Anak-anak Muda - Part II

Prostar yang rata-rata diwakili oleh anak-anak muda kurang berkemampuan tetapi bergaya dan kacak sering kali mengadakan perlawanan persahabatan dengan team-team kampung-kampung berdekatan. Padang taman gua sering menjadi 'venue' pertandingan, kekadang 7 sebelah, kekadang 9 sebelah dan jarang-jarang 11 sebelah kerana kesempitan pemain. Pernah semasa bola sepak tengah 'in' di Malaysia dek kerana terpukau dengan gaya permainan Radhi Mat Din dan Azman Adnan, team gua dianggotai oleh lebih 20 pemain termasuk sponsor, pak Mid yang membekalkan minuman bergas dalam tin, tapi sorang boleh ambik satu saja, itu pun kalau main la. Kalau pak Mid tak sponsor, memasing pandai-pandai la cari rumah mak Jah di tingkat 4 Blok F yang jual ais krim malaysia sebatang seposen, kepak dua, sebelah makan first half lagi sebelah simpan untuk lepas habis main nanti. Tak strategik langsung lokasi rumah mak Jah, tapi tetap menjadi pilihan pemain-pemain prostar kerana ais malaysia mak Jah ada banyak perisa, milo, jagung, asam boi, anggur, oren, jagung dan tebu. Gua paling 'favrote' perisa asam boi, sebab dapat makan asam boi free yang ada dalam ais malaysia tu.

Time cuti sekolah adalah masa paling berharga untuk team gua membuat latihan insentif dan mengadakan sebanyak mungkin perlawanan persahabatan yang jarang di ambil peduli oleh FAM maupun FIFA, gua syak diorang pandang enteng team gua. Walaupun prostar tidak mempunyai seorang jurulatih yang berwibawa serta bertaraf A, gua selaku pengurus, jurulatih aka penjaga gol merangka jadual latihan insentif yang setanding pasukan-pasukan amatur taman yang lain di peringkat daerah. Latihan prostar dimulakan seawal sesudah budak-budak gua habis kelas mengaji pak abu di surau masa cuti sekolah. Selalunya dalam lingkungkan 9-10 pagi. Gua masa tu mengaji Quran besar di kelas sebelah petang, nak tak nak gua kena tunggu budak-budak gua habis mengaji dulu. Seorang demi seorang pemain-pemain handalan prostar turun padang dengan semangat berkobar-kobar bak baru bangun tido. Ada jugak yang kena sekeh turun padang dengan berkain pelikat terus dari kelas mengaji. Lepas cukup semua pemain turun padang, latihan dimulakan dengan warm-up, lari keliling padang 20 round. Tak sempat habis 20 round ada saja budak gua ke kedai runcit mydin pekena ais pop apehal..? Sungguh tak fit langsung. Disebabkan gua pengurus yang baik hati, beramanah, berintegriti dan peramah, gua biarkan saja budak-budak gua pekena ais pop sambil mengunyah kek hero, selesai makan dan minum gua terajang-terajang manja sambil sekeh skit-skit apa yang patut.

Dalam latihan insentif, gua fokus pada crossing, free kick dan corner kick. Masa tu gua baca hasil kajian teknikal FIFA 65% goal dijaringkan melalui crossing. Latihan crossing memang menjadi kegemaran pemain-pemian gua, sorang crossing yang lagi 9 bersepah nak score goal, gua pun tak tau sapa yang defend. Macam-maca skill yang ditonjolkan dalam latihan crossing, ada yang bicycle kick, sommersault, flying header dan yang paling champion flying kick, gua pernah skali flying kick tepat ke arah dada penjaga goal, sapa suruh dia halang gua score.Rasakan. Team gua yang rata-rata dianggotai pemain amatur bawah 12 tahun berbakat besar dalam arena bola sepak, itu gua percaya, manakan tidak dari pukul 11 pagi crossing sampai ke zohor tak henti-henti. Gila bola betul budak-budak gua. Gua yang dah tak larat dek tak tahan bahang mentari yang memacak atas kepala terus menangkap kemas bola yang dicross rolando botak(bukan nama sebenar). Gua genggam erat bola tu, gua lihat budak-budak lain dengan muka riak bercampur baur bangga. Gua buat-buat senyum manis. Gua terus belari sekuat hati menuju rumah gua. Ahh, gua dah tak larat nak main, pandai-pandai la diorang cari jalan balik rumah masing-masing. Dah masuk zohor tak reti-reti balik mandi, makan, sembahyang dan tengok crita katun pukul 3 petang?


...bersambung

No comments: