Subscribe

Powered By

Powered by Blogger

Saturday, January 10, 2009

Kisah Bola Sepak Anak-anak Muda

Lu orang pernah dengar 'kickers'? kalau tak pernah, lu orang antara insan yang paling rugi dalam muka bumi. Zaman gua pertengahan usia ke alam remaja dulu, kickers buat hidup gua berinspirasi dan bersemangat, bersemangat main bola. Gua tak pernah miss walau satu gol pun dalam 'drama aksi' kickers tu. Semua gol dahsyat2 gua rakam dengan video dalam hanphone (gua tokok tambah ayat ni). Pemain favrote gua masa tu, tak lain tak bukan, golie yg kemas ber'cap'. Pergh, dia punya style bukan main bergaya, sampai menjadi trend semua golie2 amatur bawah 12 tahun. Gua turut tidak ketinggalan mengikuti jejak langkah penjaga gol anime terbaik dunia itu.

Dulu gua memang kacip beraksi di posisi penjaga gawang, walaupun pada dasarnya gua berbisa main di posisi sayap dan serangan. Disebabkan team gua takda penjaga gol yang berpotensi dan mempunyai masa depan yang cerah, gua terpaksa korbankan posisi forward. Saban hari gua beraksi dengan mengenakan cap yang gua rembat kat pasar malam. Walaupun cuma rm3, tapi penampilan gua tetap bergaya ala-ala peter schmeichel di piala dunia.

'Prostar', itulah nama team gua, sebenarnya nama tu berasal dari perkataan prosak, disebabkan kurang sedap dan tak kacip dengan gaya dan personaliti gua selaku bintang ketika itu, maka prosak diedit kepada Prostar. Prostar terdiri daripada pemain-pemain pelapis lapisan masyarakat dan budak-budak kebanyakan. Disebabkan kesempitan hidup di awal pembabitan dalam kancah bola sepak dunia seawal usia 7 tahun, gua tidak dapat melantik jurulatih-jurulatih kelas A seperti scolari untuk membimbing Prostar, gua sekadar meminta jasabaik beberapa jururawat untuk memberi sokongan sahaja. Nak beli bola pun tak mampu ketika itu, tapi demi survival bola sepak, kami terpaksa membuat kutipan amal jariah 0.50 sen seorang untuk membeli bola getah yang sakit kaki bila ditendang. Itu permulaan pembentukan sebuah team paling berjaya dan bergaya dalam sejarah peradaban bola sepak dunia.

Kesempitan hidup jugak memaksa rata-rata player prostar sekadar beraksi dengan kasut cap ayam atau yang lebih mampu berkasut bata, sampai ada yang cucuk paku payung kat tapak kasut buat stud. Ini gua tak tambah, memang sejarah. Walaupun tidak berada, prostar tetap mempunyai jersey pasukan. Gua ingat lagi jersey prostar ketika itu ialah singlet cap helang kaler putih. Stylish sungguh team gua ketika itu. Kain perca lebihan kain jahit mak gua, gua rembat buat nombor belakang baju. Amacam akal gua?

* 1.10 a.m.
....bersambung

2 comments:

paiseh said...

gua lagi fanatik captain tsubasa. hahahaha..!!

Fir said...

bukan lu fanatik cerekarama ka..?? hahahaha....