Subscribe

Powered By

Powered by Blogger

Sunday, December 28, 2008

Gua budak tabika...

Gua 'bukak' blog ni khas untuk lu orang... gua tau lu orang memang tengah tunggu gua.. gua tau..gua tau... tapi lu orang malu mau 'sound' gua... takpa..takpa.. its ok..gua understand sifat 'kemaluan' lu orang, gua sebenarnya terjebak, gua bukan sengaja mau merosakkan bahasa melayu yang indah, gua terjebak beb, gua rasa ni semua angkara yang berpunca dari hilangpunca . Gua sudah beberapa lama menulis, gua tulis dengan menggunakan bahasa yang cikgu gua ajar, dari tabika hinggalah ke darjah 6, hinggalah ke tingkatan 5, gua belajar bahasa malaysia, dalam bahasa malaysia, 'gua' yang gua tahu cumalah gua batu kapur yang ada 'stalagkit' dan 'stalagmit', itupun gua belajar masa form 3, cikgu geografi gua yang tinggi dan kurus itu yang ajarkan, gua ingat lagi cikgu geografi gua masa form 3 sebab dia dengan tenang (mmg cikgu gua jenis yg baik dan sopan) men'sound' gua kerana membalut buku nota geografi gua dengan surat khabar yang ada iklan Dunhill piala dunia tahun 1998.

Sambungan... setelah gua membaca beberapa ratus blog di alam maya gua dapati alam blog memang sesuatu yang not-into gua sangat, sehinggalah di suatu hari yang indah, di suatu pagi yang hening(ke dimalam hari..gua dh tak brapa ingat) gua terjumpa sebuah blog lucah..ehh silap sebuah blog letup, gua sangka blog itu ada kaitan dengan bom C4 dan semua senjata yang seangkatan dengannya, tetapi malangnya andaian gua meleset, letup di 'sini' bermaksud lawak-jenaka atau makna lainnya "ilmu mengetawakan dan tertawakan orang lain", lu orang jangan salahkn DBP kalau terjumpa maksud letup yang lain di kamus dewan atau kamus pelajar, kerana gua syak pengarah DBP sendiri tidak tahu makna letup yang sebenarnya. Gua baca.. dan terus baca, gua rasa kejang urat perut gua, baru gua sedar rupanya gua sedang ketawa, patutlah semua urat saraf dalam badan gua cekang semacam.

Gua ambil pengajaran dari blog Firdaus Abdillah, "ehh sapa plak mamat ini tanya lu orang..." itu lah nama budak Pipiyapong si pelukis blog hilangpunca yang sebenar, gua tidak tau mengapa nama yang sesedap itu ditukar dengan nama anggota badan seperti pipi, dan mengapa tidak gusi atau gigi..?? itu lu orang kena tanya pp sendiri. Yang gua tau, sekarang gua pun dh terjebak untuk bersama-sama merosakkan bahasa malaysia dengan mentransformasikannya kepada bahasa rock klasik 90's. Tapi gua fikir ini bukan kerosakkan yg teruk sangat kalau hendak dibandingkan dengan kerosakkan alam sekitar yg dilaksanakan manusia tidak berotak (atau sekurangnya tidak menggunakan otak). Gua akan tulis sehelai surat kepada DBP untuk mengkaji aliran baru yang dicetuskan pp ini, gua rasa setiap contengan pp boleh dijadikan cabang baru dalam dunia sastera, sastera rock klasik. Gua sendiri sedang mendalami cabang sastera rock klasik ini. Gua baru masuk tabika ini hari, esok gua akan mula meconteng. Lu orang tunggu...

6 comments:

sEmut said...

band indon campur bola pingpong



gigiyapong.

paiseh said...

hakhakhak.. tukar gigiyapong pun cara gak...!!
gua pun sama tepengaruh laa..

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

hahaha caya laa..semoga terus rock..

Fir said...

semut,
lagu indo + bola pingpong = madu dan sinkong..

paiseh,
tp tukar gigiemas lg cara beb...hahaha


pipi,
tenkiu kerana sudi potong ribbon, jemputlah masuk, buat mcm rumah org..sila..sila...

Daus said...

versi rock ye brader..terbaek!

Fir said...

rock runcit2 jer brader...haha... anyway tenkiu kerana sudi menjengah...