Subscribe

Powered By

Powered by Blogger

Tuesday, December 30, 2008

Kerja Itu Amalan Mulia

Siapa Gua
Siapa gua? ah.. soklan apa yang lu orang tanya..?? lain kali mau soal gua biar yg berilmiah, yang mencabar minda gua ni, lu orang tak tau ke gua hari2 makan kismis minda...?? demi tidak menghampakan lu orang, gua jawab jugak, gua sebenarnya manusia, gua tinggal di planet earth atau dalam bahasa lu orang di panggil bumi. Gua tak tau kenapa gua suka makan nasik, tapi mesti setiap kali lepas makan gua minum air.Lu orang ada buat tak...?? Gua dah lama menetap di sebuah pulau terpencil. Gua rasa sejak gua dilahirkan gua sudah sesat disini, pulau yang gua tetap ni tak lah besar sangat, gua rasa kira2 besar pulau temasek saja, disebabkan ianya terpencil penduduknya jugak tidak la ramai sangat, sekadar 1.5 juta orang saja. Walaupun tidak begitu ramai, gua tetap rimas tinggal di pulau ini.

Tempat Gua Kerja
Gua bekerja banting tulang empat kerat di sebuah pejabat, pejabat gua memang excellent, ada kerusi dan meja. Gua tak tau kalau2 pejabat lu orang juga ada kerusi dan meja. Gua diberikan sebuah tempat sebesar kangkangan kera, di meja gua ada sebuah alat menaip yang besar, gua diajar mengerjakan alat menaip itu. Saban hari gua dipaksa memerah keringat memicit punat2 yang terdapat pada alat menaip itu. Gua kurang arif kegunaan sebenar alat itu, tetapi gua terpaksa jua demi sesuap nasi campur seketul ayam goreng berserta segelas besar fresh oren. Gua diberitakan gua bekerja di unit kewangan, ahh.... gua pedulik apa gua kerja bahagian mana, tak penting, yg penting gua dapat makan nasi dengan seketul ayam goreng berserta segelas besar fresh oren.

Pagi
Gua mula bekerja seawal ayam berkokok, gua sendiri tidak tahu pukul brapa ayam berkokok. Tp gua syak pada waktu pagi, sebab semasa gua hendak keluar untuk bergegas ke tempat kerja, keadaan sekeliling masih nyaman, dan pohon2 yang disirami air putih jernih sedang sibuk berfotosintesis. Matahari belum pandai membakar kulit gua pada waktu itu. Gua memacu kenderaan beroda dua atau dalam kata inggerisnya 2wheel drive (2wd) ke tempat kerja. Kenderaan gua mmg super condition, tayarnya berpusing bak gasing, enjinya dalam keadaan yang memuaskan dengan sedikit bunyi seperti helikopter hendak mendarat. Tetapi yg paling gua suka, kenderaan gua jugak berfungsi sebagai mesin urutan elektronik seperti yang selalu keluar di kaca tv, setiap kali gua memulas throttle keseluruhan anggota badan gua turut bergetar. Gua selalu sampai awal di tempat kerja, kerana sewatu gua sampai di pejabat tidak ada sesiapa yang berebut untuk 'merakam waktu' di kad kedatangan, gua pun heran kenapa tiada yang tiba seawal gua, disebabkan gua selalu datang awal, 'rakaman waktu' pada kad kedatangan gua selalunya bewarna merah, kad pekerja lain berwarna hitam saja, mungkin majikan gua lebih sayang kepada gua.

Pagi lagi
Setibanya di tempat bertugas, gua akan segera ke tandas untuk membasuh muka dan menyikat rambut, gila apa kerja pejabat selekeh2? Setelah selesai menyemartkan diri gua akan duduk dan memerhatikan gelagat awek2 manis di tempat gua bekerja, gua mmg malas mau mengerjakan alat menaip besar di atas meja gua ini. Setelah puas berehat sambil menikmati pemandangan meja dan kerusi di pejabat, gua akan menghantar pesanan khidmat ringkas. "Jom, pak sarip". Belum sempat gua menyembunyikan semula telefon tangan gua, nada2 riang dlm telefon gua berbunyi, gua baca "jom". Gua bergegas meninggalkan tempat gua, ini panggilan mustahak, gua harus segera,segera mendapatkan geng2 gua dan terus bersegera ke sebuah cafe yang berdekatan, cafe ini memang kelihatan bergaya dan uptrend. Manakan tidaknya, terdapat ruang makan yang luas menempatkan 4 buah meja panjang seperti kantin sekolah, lu orang pernah ke sekolah? lain kali gua cerita sekolah gua. Kerusinya diperbuat daripada plastic tahan karat dan memang empuk untuk menghabiskan sisa2 pagi di tempat kerja. "pak sarip, teh tarik satu" pesan gua. Gua segera ke kaunter hadapan untuk mengambil makanan ringan, gua jarang makan berat semasa sarapan, sekadar mengunyah 2 bungkus nasi lemak saja. Teh tarik yang ditarik dengan sebegitu sempurna jelas kelihatan kesempurnaannya melalui buih-buihnya, mengirup segelas teh tarik sambil mengunyah nasi lemak adalah pengalaman paling nikmat dalam hidup gua, memang untung gua tinggal di planet bumi.....

* 2.07 a.m.
bersambung....