Subscribe

Powered By

Powered by Blogger

Sunday, January 11, 2009

Kat Taman Negara Ada Pokok

Gua dengan alam ni memang dah sebati gamaknya, gua memang pencinta alam dan gua syak alam jugak mencintai gua setulus hatinya. Untuk lebih mendekatkan diri dengan alam, gua bersama geng-geng sepenempatan kerja telah mengatur pengembaraan ke Taman Negara, Pahang darul makmur (makmur tu bukan kuih ke...??). Entah mengapa, gua telah dilantik secara rasmi sebagai ketua ekspedisi, tapi gua syak sebab gua paling smart dan bergaya dikalangan ahli-ahli ekspedisi.

Pengembaraan yang penuh tragik dan melampau best ni bermula dari tapak letak kereta ofis tempat gua mencari makan dan minum. Kitorang menaiki sebuah bas yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk sistem TV cap sony yg tidak berfungsi, sistem penghawa dingin yang menitiskan air mata setiap kali bas bergocak dan kerusi-kerusi empuk seakan batu bata. Perjalanan di mulakan seawal jam 11 pagi, memang menduga betul untuk bangun seawal itu, selalunya time tu gua sedang sibuk berasmara dengan kain selimut dan bantal busuk. Disebabkan semua geng-geng ekspedisi amat patuh dan menepati masa, maka bas pun mula bergerak sejurus pukul 12 tengahari, hanya lewat sejam, selalunya budak-budak ni tak sebegini baik, mungkin diorang menghormati gua sebagai leader yang berwibawa (lu orang tau tak makna wibawa gua syak lebih kurang sama maksud dengan ari wibowo la...).

Jambatan pulau pinang dilepasi dengan tenang dan bas terus memecut laju sehingga mencapai kelajuan maksimum 70km sejam. Kalau sebegini laju gua syak mungkin makan masa 8 jam saja untuk tiba ke destinasi. Tetapi disebabkan beberapa masalah teknikal perjalanan terpaksa dihentikan beberapa belas kali demi memudahkan ahli-ahli ekspedisi yang tidak dapat menyimpan bahan buangan terlalu lama di dalam kantung urin. Ditambah pulak dengan kemahiran gua sebagai ketua ekpedisi yang berpengalaman, apahal kena masuk KL dulu sebelum masuk pahang...?? Gua sebenarnya buat-buat tertidur, sebab gua memang tidak arif langsung jalan ke Taman Negara Pahang. Setibanya di destinasi gua dikejutkan oleh salah seorang ahli ekpedisi. "Dah sampai ke..??" soal gua dengan penuh bengis. "Sampi kepala hangguk lu" herdik membe gua. "Nak ikut jalan mana ni...??" tanya membe gua lg. Gua melihat keluar tingkap bas, eh sejak bila pahang sebegini maju dengan bangunan-bangunan pencakar langit dan lampu-lampu neon mewarnai dinahari, bisik hati kecil gua. Gua lihat ke sign board di depan. 'Ke Pusat Bandar'. "Haaa..?? kita kat KL ke...???"Soal gua lagi. "Oit.... kita nak pi Taman Negara ka nak pi Taman Tasik?" gua mula menempelek dengan nada marah. Gua lupa, gua ketua ekspedisi. Ahli-ahli lain mula memandangkan gua seolah mau ditelannya gua hidup-hidup. Gua mula gelabah dan bedebor.

Gua menenangkan geng-geng ekspedisi yang mula putus harapan pada gua... "Rileks la beb, gua memang saja pesan kat driver suruh bawak lu orang jalan-jalan KL dulu.." gua petik. Kemudian gua beransur menemui pakcik yang membawak bas dengan penuh sopan dan santun seakan membawa beca di padang kota. "Ni jalan nak ke mana ni pak cik..??" ujar gua. "Kalau terus lagi sampai KLCC la..." jawab pakcik tu dengan selamber dan bersahaja. Gua lihat jam mahal di tangan gua. Dah pukul 8.00 mlm. Haaa...?? first time dalam hidup gua perjalanan ke KL makan masa 8 jam dari penang. Gua mula bertindak, selaku leader berwibawa, gua harus memastikan semua anggota ekspedisi selamat tiba ke destinasi dengan selamat dan terhibur, nak berhibur macam mana, dah la TV pun asyik tayang filem black skrin saja. Gua ketik handphone cap sony anak eric milik gua. "Time-time macam ni lu nak ayat makwe lagi...??" membe gua yang kerunsingan mencaci. "Ahh..lu diam saja, gua tau apa mau buat". Gua mula melayari google map di handphone yang dilengkapi 3G. Gua dah mula dapat akal dan arah, gua suruh pakcik driver pusing balik, keluar dari kota raya Kuala Lumpur, ikut jalan ke Bentong. Sampai di susur keluar ke jerantut, gua suruh pakcik driver masuk kiri dan jalan terus, yang sebenarnya gua main bedal jer, harap-harap boleh la sampai taman negara sebelum subuh.

Tak lama lepas tu, sampai jugak ke pekan Jerantut, gua mula berdebor, khabarnya nak ke Taman Negara, tapi dah pukul 12 tengah malam tak nampak bayang seekor gajah pun. Sepanjang perjalanan melalui pekan jerantut, punya la banyak kampung yang dilepasi, banyaknya tak terkira, ya la... gua anak jati penang, kat penang kalau ada kampung pun dah tak rupa kampung, ni kat pekan jerantut saja ada berpuluh-puluh kampung. Tapi sayang, hari dah malam, makwe-makwe pekan jerantut dah tidur, gua terlepas peluang keemasan mencarikan menantu yang baik untuk emak gua. Ahli-ahli ekpedisi yang kepenatan memaki hamun gua pun dah ramai yang membuta. Jam mahal ditangan menunjukkan pukul 2pagi. Tadi keluar dari penang pukul 12tengahhari. 'Baru 14 jam' bisik hati kecil gua menenangkan otak gua yang dah mula runsing. Gua mula contact kenalan-kenalan gua yang pernah ke pahang, baru gua sedar, rupanya ramai yang tak pernah ke Taman negara pahang, sungguh tidak menyahut seruan kerajaan betul,bangang!. Ada sorang member gua khabor kena jumpa masjid dulu, gua dah lupa nama masjid tu, tapi masjid besar kat pekan jerantut la, lu orang tau tak..?? Sampai Masjid, ambik kanan, jalan terus, haa..bermula dari jalan ni la semuanya kelihatan clear skit. Ada sign board ke 'Taman Negara', gua mula lega seperti baru lepas membuang air. Gua mula datang semangat yang hilang, gua suruh pakcik driver ikut signboard saja. Jalan ke Taman Negara kecik jugak kan..?? Gua mula syak, macam mana gajah-gajah yang besar bermain-main di jalan yang sebegini sempit. Selepas mengahrungi jalan yang seakan baru lepas dilanda gempa bumi, akhirnyaaaaaa.... sampai jugak. 'Selamat Datang ke Taman Negara'.

Dengan perasaan yang penuh riak dan berlagak, gua mengejutkan ahli-ahli ekspedisi yang sedang nyenyak. "oittt...bangun-bangun., dah sampai taman negara". Gua lihat ke jam mahal ditangan lagi, dah pukul, 4 pagi. Kejap lagi boleh subuh terus, cukup 5 waktu dalam satu perjalanan dari zuhur sampai ke subuh. Gua syak kalau mendayung dari penang dah boleh sampai Sydney gamaknya.

...bersambung

2 comments:

Anonymous said...

Yosh Firzo!

Lu dan pandai menulis! Gua tak penah ke sana lg...Endau rompin dah masa ngaji U dulu..Haaha!Nyesal tak sudah sbb ke sana!Penaaatttt...Haha!

OPs..Blogstar's issue! Alaaa..tu promosi dari gua utk luuu...1-2minggu je! Hahaha...Nanti dah bosann, gua turunkan luuu atau delete terus!!!Hahaha...

Ops,Next month gua duk kat Seberang Perai selama 4bln! Siapkan projek pebenda ntahhh..Nyampahhh! So,hope to see you there sooonnn...Hahha! Belanja gua nasi kandar aaaaa...

ROger Bro!

Fir said...

gua baru belajar menulis beb, dulu masa sekolah gua suka menconteng jer...

anyway tenkiu sooo much for your support bro, lu dah sampai seberang nanti, singgah2 la ke pulau.. bukan stakat nasi kandaq... gua belanja lu pasemboq skali.