...setelah selesai menghabiskan masa di pak sarip cafe, gua dengan langkah penuh bergaya seperti hendak masuk tidur, mengangkat kaki kembali ke ofis. Gua tidak mahu curi tulang lagi, gua terus bergegas ke tempat bekerja dan melabuhkan diri ke atas kerusi yang empuk lagi nyaman dan terdapat tompok-tompak seakan peta vanuzuela selatan.
Untuk tidak lagi membuang masa, gua terus meng'on' alat menaip di atas meja yang berbentuk empat segi tak tepat, sesudah alat menaip dihidupkan, gua menjadi tidak tentu arah, manakan tidak jam didinding menunjukkan tepat pukul 11 pagi, tp gua masih belum memulakan sebarang tugas rasmi selaku pekerja harapan 2006, pekerja contoh 2006, pekerja cemerlang 2007, Pekerja potensi 2007 dan yang paling vogue pekerja terbaik keseluruhan 2008. Gua cemas seketika, sudahlah gua tidak berapa kacip dengan alat menaip, hormon epidermis gua menjadi semakin tak menentu, gua tarik nasfas dalam-dalam, gua hembus kuat2, gua mula dapat feel, gua tarik dan hembus lagi... sekarang gua benar2 segar dan bersedia untuk memulakan tugas. Gua membelek-belek beberapa fail putih di atas meja, ah.. tiada yang menarik, cuma ada tulisan, gua tutup balik dengan cermat, gua kembali menghadap alat menaip, gua berfikir sejenak, gua berfikir lagi...
Setelah hampir 30 saat berfikir, gua mendapat akal, akal gua memang solid, gua mencari-cari, gua cari lagi... ahhh...lega, jumpa. Internet Explorer. Gua pun memulakan tugas tidak rasmi.
...bersambung.
Tuesday, January 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Wooo Rocker!
Gua dah add lu punya link! Tp,satu je gua mitk...please,tukar comment punya 'comment as:' tuuu...please letak jugak name/url...penat ler gua, tiap kali nak komen kena login,dol...hahahha!
TAkbir utk Kuala Terenggnuuu!!!!
hahaha... rock kapak jerk bro.. demi memudahkan lu mengomen, gua sudi mengikut saranan lu... lu jgn tak komen plak lepas ni...hahaha...
u have been tagged by me.. hehee
6ky angel :
gua mmg jarang pakai name tag g kerja... lu nk hadiah name tag kat gua?
lu punya blog kena sumpah ke? apasal tk boleh check-in?
Post a Comment