Subscribe

Powered By

Powered by Blogger

Sunday, March 1, 2009

Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Seperti budak kebanyakan yang lain, gua juga bersekolah, bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan, masa tu gua tak tau itu adalah sekolah bantuan penuh, mana tak nya, semuanya kena bayar,makan kat kantin bayar, beli buku bayar, yuran tahunan bayar,belum masuk kutipan hari pahlawan yang di tambah nilai oleh gua, kad walkaton lagi, mende yang dibantunya...?? Tapi setelah meningkat dewasa baru gua paham, cikgu-cikgu yang mengajar tu bukan ayah gua yang bayar, kerajaan yang bayar, meja, kerusi, papan hitam, kapur tulis yang kekadang budak-budak buat kapur kasut semuanya dibayar atau dalam bahasa yang lebih kamus disebut dibiayai oleh kerajaan. Apehal gua kasi up kerajaan plak.? Duit kerajaan tu sebenarnya duit kita-kita jugak, duit pembayar cukai, yang bayar cukai pintu, cukai tanah, cukai jalan, cukai pendapatan, cukai import dan macam-macam jenis pencukaian yang tak sepatutnya dicukaikan. Gua baru teringat, dulu nak tengok tv pun kena beli lesen. Ape kejadah nak tengok TV yang dibeli guna duit sendiri nak kena bayar. Ahhh... dasar Kerajaan, gua diamkan saja dulu, nasib baik prostes membisu gua mendapat respon para menteri kabinet, akhirnya ditarik balik lesen tv tu.

Disebabkan sekolah gua Sekolah Rendah Kebangsaan, rupa paras dan binaan sekolah gua sememangnya kukuh dan utuh, gua pernah dua tiga puluh kali terhantuk dinding sekolah, memang konkrit. Budak-budak sekolah gua memang ramai, kalau kira pakai jari kaki pun tak cukup lagi nak jumlah, kelas gua sendiri ada 35 murid semasa gua berkelas di darjah 1 jingga. Jingga..?? memang tak senonoh betul nama kelas gua, mengapa tidak darjah 1 deep purle ke, 1 metalica ke, paling lekeh darjah 1 search pun jadik la, baru rock. Gua rasakan alam persekolahan merupakan alam yang penuh dengan hilai tawa dan ketawa terbahak-bahak sampai terkucil dalam seluar kekadang. Budak sekolah mana tau sedih, yang dia tau main, main, main, makan, tido. Gua pun macam tu jugak. Eleh, lu orang pun sama, tak nak mengaku. Di kala cikgu bedah, cikgu kelas gua sibuk menceritakan perihal menulis ABC di depan, gua sibuk memikirkan strategi terbaik untuk pasukan bola sepak kad tekan gua yang bakal beraksi petang karang. Di usia seawal 7 tahun gua sudah memiliki minda pengurus berjaya masa depan. Apa hal cikgu bedah tak sampai huruf P pon lagi, gua dulu tabika perpaduan dah khatam sampai Z. Darjah satu gua memang bosan habis dengan aktiviti-aktiviti dalam kelas, apa menteri pendidikan tak tau ke gua dah boleh sifir dua ketika itu..? Aktiviti di luar kelas lebih bermanfaat dan memberi semangat untuk terus bersekolah kepada gua.

Darjah satu gua tidak memegang sebarang jawatan penting di kelas kerana lebih sibuk dengan jawatan-jawatan penting di luar kelas. Antara Jawatan luar yang pernah gua sandang, kapten bola sepak darjah 1 jingga, pengerusi penganjur permainan polis entri, pembantu am pakcik kantin sekolah sewaktu rehat dan berbagai jawatan sampingan lain yang tak pernah pun gua dapat sebarang sijil penghargaan. Walaupun gua tidak gemar masuk kelas, namun gua merupakan antara pelajar awal ke sekolah, gua bertolak seawal 6.30 pagi dari rumah. Gua bertolak sampai pintu rumah saja, lepas tu bas sekolah gua yang bertolak sampai sekolah. Gua dipaksa naik bas sekolah walaupun berkali-kali gua mengkhabarkan kepada kedua orang tua gua, mana rock naik bas sekolah, naik basikal baru indie kata gua. Tapi disebabkan diskriminasi umur, pendapat gua diketepikan tanpa alasan. Tak adil. Nak buat macam mana, gua naik saja bas sekolah yang saban pagi datang mengambil gua tanpa jemu, kadang gua mintak jugak, harap-harap bas sekolah tu tak datang, terbakar ka, hilang ka, baru ada alasan nak ponteng.

Setibanya disekolah seawal 7 pagi, gua menjadi murid pertama yang masuk kelas, masuk kelas letak beg, keluar balik terus ligat mencari idea nak main apa pagi ni. Setibanya geng-geng permainan gua, terus gua pelawa geng-geng gua main toi sambil melempar beg-beg yang digalas mereka jauh dari tapak permaianan, maka permainan abad ke-20 yang paling menarik dan popular pun dimainkan sampai bunyi loceng masuk. Masa nak masuk kelas tu, macam baru lepas mandi pun ada. Tapi kecik lagi kan, badan tu tidak lah berbau sangat. Sikit rambut skit-skit dah nampak smart balik macam budak muhsin dalam filem mushsin tu. Dalam kelas entah apa saja yang dibabelkan oleh cikgu-cikgu yang gua langsung tak ambik pusing. Gua baru darjah satu, bukan nak masuk universiti pun time tu, apa sangat yang nak dibelajar kan kalau bukan ABC, 123, lukis bukit bukau yang ada sawah padi dengan 2-3 ekor burung gagak terbang, pastu sungai kat tengah-tengah, lukisan paling popular sepanjang zaman budak darjah satu. Gua mula mengesyaki sistem pendidikan negara cuba memperbudakkan gua dan member-member gua, tapi takkan umur 7 tahun nak lawan kerajaan?

Dengan hati yang tabah, gua teruskan pembelajaran, hari demi hari, sampai masuk semestar terkahir darjah satu, baru gua tau, selama hampir setahun gua hanya belajar mengeja dan menulis 'ayam', 'itik', 'kambing', 'lembu' dan semua binatang serta tumbuhan dalam malaysia saja, tak pernah pulak cikgu bedah mengajar mengeja buah strawberry ke, buah prune ke, dalam belajar mengeja pun masih utamakan buah-buahkan tempatan gamaknya. Sifir matematik pulak gua tahu sampai sifir 3 saja, yang sifir 4 belajar darjah 2 khabar cikgu boon, cikgu matematik gua. Melukis tu sering jugak la gua dapat B+, itupun sebab gua selalu tiru makwe pandai lukis yang duduk sebelah gua. Matapelajaran yang paling gua minat tak lain selain pendidikan jasmani. Kelas PJ saja la gua benar-benar into kelas, yang lain gua lebih into berangan or buat hal sendiri dalam kelas. Gua merasakan sistem pendidikan pada waktu itu tidak menacabar minda langsung, budak darjah satu sekarang dah tau guna telefon bimbit siap sms makwe sekelas lagi, apa kes? Itu belum gua banding dengan PSP budak sekarang dengan main titik-titik buku matematik masa zaman gua. Lain kali gua ada masa gua story lagi.. lu orang pun kalau nak maju pegi buat kerja yang lebih berfaedah...

...bersambung

4 comments:

Anonymous said...

hehehe. byk btl kenangan...

Anonymous said...

hehehe. byk btl kenangan...

Unknown said...

Main titik2 ek???Kitorang panggil main kandang babi tue...

lizz said...

ape kejadah pelik sgt name game tuh.main kandang babi???muahha. hi Fir!!! hehe